Setiap individu ada keunikannya tersendiri. Sekiranya kamu ingin membentuk gaya tudung sendiri, kamu yang harus menentukannya. Hanya kamu yang mengetahui keistimewaan diri kamu sebenarnya, bukan sahabat kamu mahupun sesiapa sahaja. Temui rahsia gaya bertudung kamu dengan mencuba beberapa langkah di "white blog".
LANGKAH 1
Kenali bentuk muka kamu. Setiap individu dianugerahkan bentuk muka yang berbeza-beza. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Semakin kamu mengenalinya, semakin mudah untuk menggayakan tudung yang sesuai.
LANGKAH 2
Ketahui semua perkara tentang headband dan anak tudung. Headband memiliki fungsi untuk memastikan rambut akan tertarik ke arah belakang apabila dipakai sekiranya mengenakan tudung. Ia direka khas untuk mereka yang tidek gemar memakai anak tudung. Anak tudung digunakan supaya rambut tidak terkeluar dan kedudukan tudung akan lebih kemas. Jika kamu mempunyai bentuk muka bulat, anak tudung dapat menaikkan kedudukan tudung sehingga menampakkan raut wajah lebih terbuka dan kelihatan memanjang.
LANGKAH 3
Kenali dua gaya asas bertudung. Pertama gaya tudung bertemu di bawah dagu. Cara memakainya adalah dengan mengenakan tudung di kepala dan sematkan kerongsang di bawah dagu. Gaya asas bertudung kedua adalah tudung bertemu di bahagian tengkuk. Mudah saja caranya bawakan tudung ke belakang tengkuk dan sematkan kerongsang.
Gaya bertudung buat kamu. Bentuk muka oval boleh dikatan sebagai bentuk muka idaman. Dalam mengenakan tudung, jenis bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.
No comments:
Post a Comment