24 Jam Kulit Dilindungi

Apa yang perlu dilakukan?

1) Vitamin B baik dalam membantu pertumbuhan sel baru dengan menyingkirkan lapisan sel kulit mati dari permukaan kulit. Makanan dari sumber gandum, bijiran dan mil sangat kaya dengan sumber vitamin ini.




2) Yoga membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan pengaliran darah ke kulit agar ia kelihatan segar dan sihat.

3) Jika kamu mengalami gejala ekzema, pastikan kamu tidak menggunakan sabun pencuci baju atau mandian yang mengandungi bahan pewangi yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan kulit mudah menjadi alahan.


4) Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan bergoreng kerana ia hanya merangsang pengeluaran jerawat pada kulit.

5) Tahukah kamu bahawa mandian yang mengandungi buih yang banyak hanya akan menghilangkan kandungan semula jadi pada kulit? Justeru, pilih sabun yang kaya bahan pelembap tetapi kurang buih.

6) Pengambilan herba seperti ginseng dapat membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit. Ia mengandungi agen anti tekanan yang mampu mengurangkan tekanan pada kulit. 

7) Makanlah kekacang seperti badam, walnut dan gajus tanpa tambahan garam untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.